SURAU AL FALAH PRESINT 9

Assalamualaikum w.b.t


Selamat Datang ke laman blog Surau Al - Falah Presint 9, Putrajaya. Semoga dengan adanya laman blog ini akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua pengunjung laman ini.

Semoga segala usaha kita ini akan diberkati Allah SWT di dunia dan akhirat.


Sekian, wassalam...

Saturday, January 17, 2015

HEBAHAN MENGENAI PERBAHARUI KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-FALAH PUTRAJAYA




SELAMAT TAHUN BARU 2015



SALAM MAULIDUR RASUL1436 H

UCAPAN ALUAN PENGERUSI SURAU AL-FALAH



Ust. Hj Abdul Halim Bin Md Derus
Pengerusi Surau Al-Falah
Presint 9, PUTRAJAYA

Alhamdulillah, Segala puji dan puja bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Selaku pengerusi Surau Al- Falah, saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT. dengan wujudnya blog ini yang merupakan salah satu kemudahan informasi dan komunikasi antara sesama anggota komuniti masyarakat. Medan ini juga menjadi salah satu cara penggunaan peralatan media yang terkini dan sangat berkesan serta dikunjungi ramai yang  boleh digunakan sebagai wadah dakwah hanya dihujung jari kepada khalayak ramai dan meluas.


Dengan terlantiknya barisan AJK 2013-2015 dan pegawai-pegawai yang aktif melaksanakan  tanggung jawab, saya yakin surau Al Falah akan terus berkembang maju  dan boleh dijadikan contoh untuk pembagunan syiar Islam. Pesanan saya bersatu dan berbaktilah kerana Allah semoga perjuangan akan diredai Allah.


Kepada sekaliannya pesanan saya, lakukanlah tanggung jawab sebagai hamba Allah semoga selamat dunia dan akirat.


Sekian wassalamualaikum warahmatullah


Haji Abdul Halim bin Md Derus
Pengerusi Surau Al-Falah
Presint 9 Putrajaya

7 Januari 2015