UCAPAN ALUAN PENGERUSI SURAU AL-FALAH
Ust. Hj Abdul Halim Bin Md Derus
Pengerusi Surau Al-Falah
Presint 9, PUTRAJAYA
Alhamdulillah, Segala puji dan puja bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Selaku pengerusi Surau Al- Falah,
saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT. dengan wujudnya blog ini yang merupakan
salah satu kemudahan informasi dan komunikasi antara sesama anggota komuniti masyarakat.
Medan ini juga menjadi salah satu cara penggunaan peralatan media yang terkini
dan sangat berkesan serta dikunjungi ramai yang boleh digunakan sebagai wadah dakwah hanya dihujung
jari kepada khalayak ramai dan meluas.
Dengan terlantiknya barisan AJK 2013-2015
dan pegawai-pegawai yang aktif melaksanakan tanggung jawab, saya yakin surau Al Falah akan
terus berkembang maju dan boleh
dijadikan contoh untuk pembagunan syiar Islam. Pesanan saya bersatu dan
berbaktilah kerana Allah semoga perjuangan akan diredai Allah.
Kepada sekaliannya pesanan saya,
lakukanlah tanggung jawab sebagai hamba Allah semoga selamat dunia dan akirat.
Sekian wassalamualaikum
warahmatullah
Haji Abdul Halim bin Md
Derus
Pengerusi Surau Al-Falah
7 Januari 2015
No comments:
Post a Comment